‘Dapat barang kedai RM2, saya buang je’ - Isteri guru mengaku buang hadiah hari guru yang diberi pelajar | The Reporter

‘Dapat barang kedai RM2, saya buang je’ – Isteri guru mengaku buang hadiah hari guru yang diberi pelajar

Sumber Gambar: Marina Bashah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Hari Guru merupakan waktu yang istimewa di mana pelajar menghargai pengorbanan guru-guru mereka. Salah satu tradisi yang berlaku adalah memberikan hadiah kepada guru sebagai tanda terima kasih.

Pelajar-pelajar sering memilih hadiah yang bermakna dan bernilai, menghargai peranan guru dalam membentuk masa depan mereka.

Namun, baru-baru ini, ada satu komen jujur yang menarik perhatian netizen. Seorang wanita mengakui suaminya yang bekerja sebagai guru selalu menerima hadiah dari murid-muridnya. Tetapi dia mengakui ada sebahagian hadiah itu dibuang.

Menurut isteri cikgu tersebut, hadiah-hadiah yang diberikan oleh pelajar sering kali tidak berguna dan hanya menyemakkan ruang di rumah.

Kebanyakan hadiah yang diterima dianggap tidak berfaedah, termasuk frame atau barang bernilai rendah. Bagi dia, jam dinding yang berharga RM2 pun lebih baik daripada hadiah-hadiah tersebut.

Pengakuan wanita berkenaan telah mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang menyokong pandangan isteri, sementara yang lain mengkritik sikapnya yang dianggap tidak menghargai usaha murid-murid.

Beberapa netizen juga menegaskan bahawa hadiah-hadiah sepatutnya dihargai dan tidak sepatutnya dibuang.

“Tak payah tutup dah nama dia, tunjuk je. Lepas ni, tak payah bagi hadiah kat cikgu tu. Yelah, kalau bagi, nanti hadiah itu dibuang oleh isteri dia. Berlagak betul,” kata netizen.

“Kalau buang pun, tak perlu cerita kat umum. Habis semua guru terkena tempias, kecil hati para pelajar dan ibu bapa mereka,” tambah netizen lain.

Related Posts