Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Seorang doktor gigi dari Amerika Syarikat, Dr. Zainab Mackie, menjelaskan kenapa gigi boleh kekuningan walaupun rajin menjaga kebersihan mulut.
Dalam video TikTok, beliau menjawab soalan seorang pengguna yang hairan kerana giginya tetap kuning walaupun dia gosok gigi setiap hari.
Menurut Dr. Mackie, ramai yang membuat kesilapan tanpa sedar ketika menjaga gigi, menyebabkan gigi tidak kelihatan putih seperti yang diinginkan.
Punca gigi kekuningan
Gosok gigi terlalu kuat
Dr. Mackie berkata, menggosok gigi dengan terlalu kuat boleh menghakis enamel gigi, iaitu lapisan pelindung putih yang melindungi gigi.
“Bila enamel terhakis, gigi nampak kuning sebab lapisan bawah, iaitu dentin, mula kelihatan,” jelasnya.
Makanan dan minuman
Makanan dan minuman seperti minuman bergas, jus asidik, dan makanan berwarna terang boleh meninggalkan kesan pada gigi.
“Minuman bergas dan jus buah yang asidik juga boleh merosakkan enamel,” katanya.
Merokok dan ubat-ubatan tertentu juga menyumbang kepada masalah ini.
Cara elakkan gigi kekuningan
Untuk mengekalkan gigi putih, Dr. Mackie mencadangkan:
Jangan gosok gigi terlalu kuat.
Gunakan straw bila minum minuman bergas atau jus.
Elakkan makanan dan minuman yang mudah menyebabkan kesan pada gigi.