'Daging non halal (katak) pesanan daripada pemilik pasar raya bagi tujuan keperluan sendiri, bukan untuk jualan' - KPDN Selangor - The Reporter

‘Daging non halal (katak) pesanan daripada pemilik pasar raya bagi tujuan keperluan sendiri, bukan untuk jualan’ – KPDN Selangor

Tular baru-baru ini sebuah pasaraya di Selayang didakwa menjual daging katak dan dilonggokkan bersebelahan dengan ikan.

Bagaimanapun pihak pasar raya NSK menafikan perkara tersebut dan mendakwa itu merupakan kesilapan pihak pembekal yang tersilap menghantar daging berkenaan.

Bertindak atas aduan tular itu, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) Selangor memeriksa premis berkenaan.

@kpdnselangor

PEMERIKSAAN BERHUBUNG ADUAN TULAR. HASIL PEMERIKSAAN DIDAPATI PASARAYA DIADU TIDAK PERNAH / ADA MEMBEKALKAN MAKANAN NON HALAL. PASUKAN JUGA TIDAK MENEMUI SEBARANG PENJUALAN BAHAN MENTAH NON HALAL. PASARAYA AKUI TERDAPAT KESILAPAN BERLAKU DALAM TEMPOH MASA MINIMA/ SINGKAT IAITU DAGING NON HALAL SECARA TIDAK SENGAJA DIPAMER UTK DIJUAL. SITUASI TERSEBUT SEGERA DISEDARI PETUGAS PASARAYA DAN TELAH MENGALIH KELUAR DARIPADA TEMPAT JUALAN MAKANAN HASIL LAUT DAN DIYAKINKAN TIDAK BERLAKU PENCAMPURAN DENGAN MAKANAN LAUT LAIN. DAGING NON HALAL TERSEBUT SEBENARNYA PESANAN DARIPADA PEMILIK PASARAYA TERSEBUT UNTUK TUJUAN / KEPERLUAN SENDIRI. PASARAYA DIBERI AMARAN AGAR LEBIH BERHATI HATI DAN SENSITIF DENGAN PEMBEKALAN BARANG MASUK UNTUK DIPAMER & DIJUAL DI PASARAYA YANG TURUT DILAWATI/ MENJADI TUMPUAN PENGGUNA BERAGAMA ISLAM. #kpdnselangor #aduantular #kpdnselangorefektif #kpdnselangorefisien

♬ Danger – SoundAudio

“Hasil pemeriksaan didapati, pasar raya diadu tidak pernah/ada membekalkan makanan non halal. Pasukan juga tidak menemui sebarang penjualan bahan mentah non halal.

“Pasaraya akui terdapat kesilapan berlaku dalam tempoh masa minima iaitu daging non halal secara tidak sengaja dipamer untuk dijual.

“Situasi tersebut segera disedari petugas pasar raya dan telah mengalih keluar daripada tempat jualan makanan hasil laut dan diyakinkan tidak berlaku pencampuran dengan makanan laut lain,” tulis kenyataan itu.

Daging berkenaan juga dikatakan merupakan pesanan daripada pemilik pasar raya bagi tujuan keperluan sendiri. Oleh yang demikian, pihak KPDN memberi amaran kepada pasar raya berkenaan agar lebih berhati-hati dan sensitif dengan pembekalan barang masuk untuk dipamer dan dijual di pasar raya yang dikunjung dan menjadi tumpuan pengguna beragama Islam.

Pihak KPDN Selangor turut menjalankan pemeriksaan kali kedua di premis berkenaan dan didapati premis berkenaan tidak menjual atau mempamerkan daging non halal itu.

@kpdnselangor

KETUA PEGAWAI PENGUAT KUASA KPDN SELANGOR TURUN UNTUK KALI KEDUA KE PASARAYA YANG TULAR DISEBABKAN KESILAPAN YANG TIDAK DISENGAJAKAN MEMPAMER DAGING NON HALAL. TIADA BERLAKU PENCAMPURAN DENGAN MAKANAN LAUT LAIN SEMASA KEJADIAN BERLAKU. PIHAK PASARAYA JUGA PANTAS SEGERA MENGALIH KELUAR KERANA IANYA BUKAN UNTUK DIJUAL TETAPI ADALAH PESANAN PERIBADI DARIPADA PEMILIK PASARAYA UTK KEGUNAAN LUAR. HASIL PEMERIKSAAN KPDN SELANGOR KALI KEDUA INI IALAH TIDAK MENJUMPAI MAKANAN NON HALAL DIJUAL DI PASARAYA TERSEBUT.

♬ Let’s Do This – Outskrts

Sumber: KPDN Selangor

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!