Cuti adalah hak yang diberikan kepada pekerja untuk berehat dari tugas kerja. Pemberian cuti adalah penting kerana ia memberikan pekerja peluang untuk berehat dan pulih, yang akhirnya dapat meningkatkan produktiviti dan kepuasan kerja.
Selain itu, cuti juga membolehkan pekerja meluangkan masa dengan keluarga atau melakukan aktiviti peribadi. Oleh itu, pengurusan cuti yang baik adalah penting dalam setiap organisasi.
Selasa lalu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkongsi infografik di aplikasi X mengenai kemudahan cuti yang diberikan oleh Kerajaan kepada penjawat awam.
“Cuti bukan hak kita. Cuti adalah satu kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam.
“Sila rujuk pekeliling Perintah Am 7 hingga 11 Bab C (Cuti) dan MyPPSM SR.5.1.1 untuk mengetahui lebih lanjut tentang cuti rehat tahunan.”
Malangnya, hantaran itu mengundang reaksi negatif netizen yang mempersoalkan bagaimana hantaran itu boleh dimuat naik dengan ayat yang tidak bersesuaian sehingga menyinggung golongan penjawat awam. Malah ada yang mendakwa ciapan itu cubaan mensabotaj kerajaan sedia ada.
“Kenapalah tweet macam tak hormat hak pekerja anggota perkhidmatan awam? Semua orang berhak untuk cuti dan rehat, manusia bukan hamba. Lagipun rehat adalah penting untuk pekerja sihat dan produktif,” kata ProRakyatFreePalestine.
“Why would you even post this when orang sekarang tak puas hati dengan kerajaan? Self sabotage? Tak ada orang yang handle PR ke? Apa tujuan buat posting provocative macam ni? Isu mansuh pencen penjawat awam pun masih segar, nak tambah isu lagi ke?” tambah netizen lain.
Sumber: X JPA