Curi barang hotel termasuk bantal & tuala mandi bernilai RM585, penganggur dipenjara 4 bulan, denda RM1,000 - The Reporter

Curi barang hotel termasuk bantal & tuala mandi bernilai RM585, penganggur dipenjara 4 bulan, denda RM1,000

Sumber gambar: Kosmo! Online, Malaysia Gazette

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Mahkamah Majistret Melaka menjatuhkan hukuman penjara empat bulan dan denda RM1,000 terhadap seorang penganggur yang didapati bersalah atas kesalahan mencuri barangan milik sebuah hotel empat bintang bernilai RM585, Oktober lalu.

Tertuduh, Ng Jiun Loong, 30, mengaku bersalah di atas pertuduhan berkenaan yang dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Tertuduh didakwa mencuri barangan seperti kotak amenities, tuala mandi, bantal, bantal sofa dengan sarung, bakul buluh dan gelas kaca yang keseluruhannya bernilai RM585.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di Bilik 2106, Hotel The Pines, kira-kira jam 1.30 tengah hari, 23 Oktober 2023.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asnini Kamarudin memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kepada tertuduh sebagai pengajaran.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar dikenakan hukuman ringan kerana dia tidak bekerja dan menghidap penyakit auto imun kronik yang memerlukan rawatan.

Setelah mendengar hujah kedua-dua pihak, Majistret Sharda Shienha menjatuhkan hukuman penjara empat bulan dari tarikh tertuduh ditangkap dan denda RM1,000.

Tertuduh juga diperintah menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Sumber: Malaysia Gazette

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!