CUEPACS gesa kerajaan tingkatkan gaji lebih besar untuk penjawat awam, agar mampu carum KWSP - The Reporter

CUEPACS gesa kerajaan tingkatkan gaji lebih besar untuk penjawat awam, agar mampu carum KWSP

Sumber gambar: SelangorKini

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan akan mempertimbangkan semula dasar baharu pengambilan penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen.

Cuepacs berpendirian bahawa, sistem persaraan yang ada sekarang adalah yang terbaik dan paling sesuai dengan gaji penjawat awam.

Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat, menegaskan jika kerajaan ingin memansuhkan sistem pencen dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), mereka perlu meningkatkan gaji yang lebih besar untuk penjawat awam. Ini penting agar penjawat awam mampu mencarum ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan menyimpan untuk hari tua.

Adnan juga menambah, gaji penjawat awam sekarang hanya “cukup-cukup makan”, dan ada penjawat awam yang tidak mampu memiliki rumah sendiri. Oleh itu, sistem pencen sedia ada adalah penting untuk mereka.

Beliau juga mengungkapkan kebimbangan bahawa pemansuhan pemberian pencen boleh membawa “kesuraman” kepada perkhidmatan awam pada masa akan datang.

Adnan menyeru kerajaan untuk segera menaikkan gaji penjawat awam tanpa menunggu pelaksanaan SSPA, mengingat kenaikan kos sara hidup dan harga barangan ketika ini.

Sumber: Bernama

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!