Kediaman cucu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Bukit Ledang, dilaporkan telah dipecah masuk dalam kejadian pada Rabu lalu, menyebabkan kerugian mencecah kira-kira RM1.8 juta.
Kejadian hanya disedari sekitar jam 3 petang apabila pembantu rumah mangsa menghubungi majikannya untuk memaklumkan bahawa pintu pagar bahagian belakang rumah telah dipotong dan bilik mangsa telah dimasuki pencuri.
Mangsa kemudiannya melakukan pemeriksaan dan mendapati terdapat kesan pecah masuk pada biliknya. Pemeriksaan lanjut mendapati beberapa barangan peribadi telah hilang, termasuk barang kemas.
Baca juga:
- Pegawai pertanian Terengganu tersenarai 100 wanita hebat FAO
- Penunggang motosikal magsa nahas BYD masih di HKL, keluarga bimbang pendapatan terjejas
- JAIS sahkan dua individu ditahan kes khalwat babitkan figura awam
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan memaklumkan bahawa siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek terlibat.
“Kerugian dianggarkan sebanyak RM1.8 juta, melibatkan kehilangan barang kemas yang disimpan di dalam bilik mangsa,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa pihak polis kini giat meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman berkenaan bagi mendapatkan petunjuk berhubung identiti penjenayah.
Sumber: Harian Metro, Sinar Harian








