'Crush dengan pelajar sekolah' - Menteri arahkan siasat akaun Tiktok 'Abang Bas' | The Reporter

‘Crush dengan pelajar sekolah’ – Menteri arahkan siasat akaun Tiktok ‘Abang Bas’

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Susulan tular mengenai isu seorang pemandu bas yang dikenali sebagai ‘Abang Bas’, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) membuat laporan polis mengenai hantaran yang dibuat lelaki berkenaan.

“Tingkah laku ini tidak boleh diterima dan tidak sepatutnya dinormalisasi.

“Tindakan merakam gambar atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa melanggar hak dan privasi Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Terdahulu, tular mengenai pemandu bas yang merakam gelagat pelajar sekolah di dalam bas diikuti dengan kapsyen yang dianggap tidak sesuai.

Bukan itu sahaja, ada yang mendakwa lelaki berkenaan turut bertindak mengejutkan seorang pelajar bangun tidur sambil mengusap bibir pelajar berkenaan.

Sehubungan dengan itu, orang ramai meminta pemandu berkenaan dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Bagaimanapun, katanya pemandu berkenaan menafikan dakwaan keatasnya dan menyatakan rakaman tersebut dibuat dengan kebenaran daripada ibu bapa pelajar.

https://twitter.com/XroseLavie_/status/1831672486804717942

Related Posts