Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Satu video tular memaparkan beberapa orang wanita yang lengkap bertudung dan berbaju kurung sedang menggunting rambut di sebuah salon.
Apa yang mengejutkan, menerusi satu rakaman CCTV itu, pelanggan di salon berkenaan bukanlah dalam kalangan wanita, sebaliknya adalah lelaki.
Menerusi ruangan komen, lokasi berkenaan dipercayai di sebuah kedai gunting di Perda, Pulau Pinang.
Kelihatan empat orang pelanggan lelaki dengan tenang duduk di kerusi tanpa rasa bersalah. Di kerusi menunggu pula, kelihatan tiga orang wanita hanya memerhatikan gelagat lelaki-lelaki yang datang menggunting rambut.
Susulan itu, ramai netizen yang terkejut dengan perkhidmatan yang dibuat.
“Jelas haram. Sebab bukan mahram. Melainkan darurat (betul-betul dah takda barber lelaki),” kata netizen.
Bukan itu sahaja, walaupun berbaju kurung, namun netizen menganggap pekerja wanita disitu seolah sengaja menarik perhatian lelaki berkunjung ke sana.
Namun begitu, ada juga yang secara berseloroh meminta dikongsikan lokasi tepat salon berkenaan.
Sumber: rabbaniahmad_








