Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Seorang lelaki mendedahkan beliau telah dianiaya oleh majikannya yang merupakan ejen pengedar kereta import (elektrik).
Tindakan majikannya itu disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab apabila caj bayaran setiap pengiklanan yang dibuat dikenakan ke atasnya.
Menurut lelaki ini, gaji yang diperolehi sebanyak RM1,500 sebulan telah banyak dihabiskan untuk dibuat iklan.
“Company dari Neraka, company yang aku kerja ni setiap bulan diorang wajibkan buat Ads Boosting dekat FB RM700. Last month gaji aku RM600. So Gaji aku -100 ringgit?” katanya.
Bukan itu sahaja, malahan denda sebanyak RM10 juga dikenakan kepada pekerja yang lewat menghantar laporan harian kepada majikan.
Walaupun dia sudah mencapai jualan sebanyak empat buah kereta, namun mereka tidak menerima pencapaian tersebut malahan diminta membuat pengiklanan lain yang mengenakan caj bayaran.
Rentetan itu, netizen meminta lelaki ini melaporkan kepada pejabat Buruh untuk tindakan selanjutnya agar hak dan keadilan pekerja dapat ditegakkan.
Sumber: wonka