Claim produk dari France & Sweden, rupanya produk timbang kilo Thailand - The Reporter

Claim produk dari France & Sweden, rupanya produk timbang kilo Thailand

Sumber gambar: TikTok Rajeswary_2717

Kosmetik dan wanita berpisah tiada. Lambakan produk-produk kosmetik di pasaran membuatkan ramai wanita yang teruja untuk membeli dan melihat kesan kepada kulit wajah mereka.

Namun, nasib tidak menyebelahi wanita ini apabila produk kecantikan yang dipakai telah membuatkan wajahnya semakin teruk.

Produk yang digunakan telah membuatkan wajahnya dipenuhi jerawat dan juga jeragat. Kata wanita ini, dia telah membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) beserta bukti, namun tiada tindakan yang dibuat.

Dan pihak KKM hanya memaklumkan akaun media sosial bagi produk kecantikan tersebut telah disekat.

Penjual produk kecantikan tersebut katanya mendakwa produk mereka merupakan dari bahan organik yang didatangkan dari Perancis. Namun, didapati produk berkenaan merupakan produk berasal dari Thailad atau timbang kilo yang telah ditukar label.

Dalam pada itu, wanita ini meminta wanita di luar sana supaya berhati-hati dengan produk kecantikan sebegini yang dianggap seperti scammer kepada pengguna.

“Jangan kita jadi mangsa produk merkuri lagi,” katanya.

Difahamkan juga, produk berkenaan berselindung di sebalik beberapa nama dan segala testimoni dan komen yang dibuat adalah palsu semata-mata bagi menarik perhatian pembeli.

Sumber: Rajeswary

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!