Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sebelum melangkah ke alam perkahwinan, setiap pasangan pasti menyimpan harapan untuk membina masa depan bersama. Namun, tidak semua hubungan mampu bertahan apabila perbincangan tentang masa depan bertukar menjadi ujian kemampuan — bukan hanya dari segi kewangan, tetapi juga nilai dan keikhlasan.
Seorang lelaki meluahkan kekecewaannya selepas hubungan percintaan yang disangka menuju pelamin, akhirnya terkandas apabila pasangannya menetapkan jumlah wang hantaran RM50,000. Permintaan itu membuatkan dia mula mempersoalkan keserasian mereka sebagai pasangan yang sepatutnya saling memahami dan membina hidup bersama, bukan meletakkan tekanan sepihak.
Bila nilai dan keikhlasan tak sehaluan
“Saya perasan yang dia cuma berminat nak ada relationship dengan saya, tapi dia tak berminat dengan saya as a person. Contohnya… dia cepat sangat nak panggil saya ‘abang’ dan ‘sayang’. And then semasa kitorang berborak, saya je yang tanya soalan. Bila saya mintak dia pulak tanya any soalan kat saya, simple jer jawapan dia which is ‘saya tak reti la tanya soalan. Awak la tanya, saya lagi suka jawab’. Lama terbuku di hati,” katanya dalam satu hantaran yang kini tular.
Perbualan WhatsApp yang dikongsi menunjukkan usaha lelaki itu untuk memahami keperluan pihak perempuan, termasuk soal ekonomi dan jumlah tetamu jemputan. Gadis tersebut menjelaskan bahawa RM30,000 adalah untuk hantaran, manakala RM20,000 lagi untuk majlis, menjadikan jumlah keseluruhan RM50,000. Jumlah itu telah dibincang dan disahkan bersama ibunya — dan menurutnya, paling rendah pun RM40,000.
Namun, lelaki itu merasakan nilai tersebut terlalu membebankan. Dalam teksnya, dia menjelaskan dengan tenang bahawa dia menghormati pandangan si gadis dan keluarganya, tetapi nilai serta keutamaan mereka berbeza. “Kalau RM50K is the required amount (RM40K being the lowest), then I believe it puts pressure on me, and it is not an ujian that I am willing to take,” tulisnya.
“It’s not an ujian I’m willing to take”

Dia turut menambah bahawa perkahwinan sepatutnya dibina atas keserasian nilai dan usaha bersama, bukan beban kewangan yang berat sebelah. “Saya tak rasa you wanting that amount is salah… tapi ia just a different value from mine.”
Perempuan itu pula tidak menyembunyikan rasa sedihnya apabila lelaki tersebut mengakhiri hubungan dengan baik. “Terima kasih kerana membuat hati dan perasaan saya hancur lagi… saya harap awak dapat jumpa perempuan yang lebih bagus daripada saya,” tulisnya.



Perbezaan pandangan tentang nilai hantaran sering kali jadi topik hangat dalam kalangan pasangan muda. RM50,000 – satu angka yang bagi sesetengah pihak biasa, tapi bagi yang lain, satu beban yang menguji kemampuan dan kejujuran.
Apa pandangan anda? Perlukah RM50K dijadikan ‘penentu’ dalam membina rumah tangga? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di Facebook dan Instagram The Reporter.








