Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita warganegara Malaysia dilaporkan telah menjadi mangsa kecurian di sebuah hotel di Paris.
Wanita itu mendakwa cincin bernilai 750,000 euro bersamaan dengan RM 3.7 juta telah dicuri dari bilik hotelnya di Ritz Place Place Vendôme (I).
Susulan itu, wanita tersebut telah membuat satu laporan polis.
Dalam laporan itu, mangsa menjelaskan bahawa dia telah meninggalkan barangan yang dihiasi berlian itu di atas meja biliknya. Mangsa yang dipercayai seorang usahawan menyedari kehilangan cincin itu setelah pulang dari membeli belah.
Pihak polis tiba di tempat kejadian untuk mencari beberapa petunjuk dan mengumpulkan maklumat. Pada peringkat ini, pejabat pendakwaan telah menyerahkan siasatan ini kepada balai polis Pusat.
Berdasarkan beberapa laporan, pekerja staff hotel disyaki menjadi dalang pada kecurian barangan tersebut namun belum cukup bukti untuk mengaitkannya.
Difahamkan, hotel-hotel di Paris seringkali menjadi sasaran ‘tikus hotel’ (pencuri) seperti yang dinyatakan oleh pihak polis. Suspek dikatakan akan mengesan pelancong yang kaya sebelum mereka menjalankan kegiatan mencuri barangan milik pelancong.
Berdasarkan beberapa komen, netizen menyatakan kejadian rompakan dan kecurian merupakan satu perkara biasa berlaku di Paris lebih-lebih lagi kecurian yang berlaku di hotel atau mana-mana penginapan.