Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Susulan isu tular yang melanda seorang pendidik yang dikenali sebagai Cikgu Din, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan satu tindakan segera telah diambil untuk memberikan bantuan kepada beliau.
KPM menyatakan keprihatinan terhadap situasi yang melanda Cikgu Din yang sedang diuji dengan masalah kesihatan isterinya.
“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) prihatin mengenai situasi seorang pendidik yang sedang diuji dengan masalah kesihatan isterinya seperti yang sedang tular di media sosial.
“Tindakan segera untuk memberi bantuan sedang diambil,” katanya.
Sehubungan dengan itu juga, KPM telah memberikan cuti kepada pendidik berkenaan untuk berada bersama-sama dengan isterinya.
“Pendidik berkenaan telah diberikan cuti untuk berada bersama-sama dengan isterinya.
“Satu pertemuan dengan beliau akan diadakan dalam waktu terdekat bagi membincangkan mengenai kebajikannya dan perkara-perkara lain yang berbangkit,” tulis kenyataan berkenaan.
Terdahulu, tular rayuan seorang lelaki memohon agar nasib yang menimpa rakannya yang memohon pertukaran sekolah dari Sarawak ke semenanjung dipandang pihak berwajib.








