Cik B beli kereta mewah sempena hari lahir, plat kereta CB111 jadi perhatian - The Reporter

Cik B beli kereta mewah sempena hari lahir, plat kereta CB111 jadi perhatian

Sempena kelahirannya pada bulan Mei ini, pempengaruh yang dikenali sebagai Cik B akhirnya berjaya memiliki kereta yang menjadi idamannya. Mercedes G63 Brabus yang berharga RM 1.79 juta itu merupakan hasil titik peluh dan usahanya dalam perniagaan.

Cik B yang juga merupakan anak kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) menerusi hantaran di media sosial berterima kasih dengan sokongan kuat daripada ibunya.

“Pertama sekali saya nak cakap terima kasih tidak terhingga kepada mama sebab kalau tiada mama, saya takkan dapat kereta G Wagon Brabus G63 original tau bukan convert.

“Alhamdulilah dikurniakan seorang ibu hebat, kaya, pandai, bijak, comel dan cantik.

“Jadi, terima kasih sangat-sangat mama, sayang mama dan selamat hari jadi untuk saya,” katanya.

Selain daripada kereta, nombor plat kenderaan Cik B juga menjadi perhatian. CB111 dipilih bersempena dengan namanya.

Menerusi vido tersebut juga DSV yang menemani anaknya itu juga menerangkan simbol disebalik angka 111. Katanya, ketiga-ketiga angka berkenaan menunjukkan Cik B merupakan individu teratas dalam semua perkara.

Hantaran berkenaan sudah pastinya membuatkan netizen berasa kagum dengan pencapaian Cik B. Menerusi ruangan komen, netizen mula mengambil kesempatan mengusik dan mengambil hati Cik B.

Sumber: Cik B

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!