Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sebagai langkah segera membantu mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights, syarikat automotif Chery tampil menyumbang 50 buah kereta untuk kegunaan sementara selama sebulan.
Menurut EXCO Selangor, Ng Sze Han, inisiatif itu bertujuan meringankan beban mangsa yang kehilangan kenderaan dalam kejadian ngeri melibatkan paip gas sepanjang 500 meter yang terbakar, dengan suhu api mencecah sehingga 1,000 darjah Celsius.
“Pagi ini, Chery Malaysia bersetuju untuk membekalkan 50 kereta kepada mangsa yang memerlukan selama sebulan. Ia diberikan atas dasar siapa cepat, dia dapat,” kata Ng yang turut memaklumkan permohonan boleh dibuat melalui pejabat beliau atau pejabat Preakas Sampunathan.
- Pekerja ditahan, didakwa bakar gudang di Ontario, California
- Rafizi Ramli desak keputusan segera, sedia dipecat jika langgar perlembagaan parti
- ‘Kesilapan saya sebab terlalu percayakan orang’ – Azar Azmi
- Kanak-kanak lelaki lemas, jatuh dalam Terusan Sungai Dua di Bertam
- ‘Indonesia antara negara paling selamat jika Perang Dunia III berlaku’ – Prabowo




Menurut laporan Berita Harian, kenderaan tersebut akan disalurkan selepas proses pemilihan, bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar terjejas diberikan keutamaan. Nilai keseluruhan sumbangan ini dianggarkan mencecah RM500,000.
Letupan kuat yang berlaku semalam menyebabkan lebih 300 premis terjejas, termasuk 78 buah rumah yang musnah sepenuhnya serta 10 unit rumah kedai yang masih dalam pembinaan.
Dalam kejadian itu juga, sebanyak 148 buah kereta dan 11 motosikal dilaporkan rosak teruk akibat kebakaran yang dipercayai berpunca daripada saluran gas bawah tanah.








