Cuepacs dedah, guru merupakan penjawat awam yang paling ramai palsukan sijil cuti sakit - The Reporter

Cuepacs dedah, guru merupakan penjawat awam yang paling ramai palsukan sijil cuti sakit

Gambar hiasan

Satu kenyataan yang didedahkan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengejutkan ramai pihak.

Menerusi satu laporan, Cuepacs menyatakan kumpulan penjawat awam yang terdiri daripada golongan guru merupakan paling ramai yang terlibat dalam memalsukan cuti sakit (MC) kerana gagal dalam dapatkan cuti sakit dari klinik atau hospital.

Katanya tindakan berkenaan dibuat atas faktor kesihatan dan penat memandu dalam tempoh lama.

Bukan itu sahaja, mereka juga didakwa sengaja memohon cuti kecemasan bagi tujuan peribadi.

“Selalunya selepas cuti panjang akan ada penjawat awam yang bagi cuti sakit palsu terma­suk memohon cuti kecemasan. Kes ini lebih ramai berlaku dalam kalangan guru.

“Mereka ini (guru) tidak ba­nyak cuti tahunan seperti mana yang diterima oleh penjawat awam lain, sebaliknya mereka banyak bergantung kepada cuti persekolahan.

“Jadi ada yang tidak bertanggungjawab sehingga beri cuti sakit palsu semata-mata mahu sambung percutian,” katanya.

Susulan itu, mana-mana penjawat awam yang didapati menyalahgunakan kemudahan cuti akan berdepan dengan tindakan tatatertib termasuk dibuang kerja.

Sumber: Kosmo, Buzz Kini

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!