CEO Kaki Review nafi teguran ditujukan pada Jason - The Reporter

CEO Kaki Review nafi teguran ditujukan pada Jason

CEO Kaki Review nafi teguran pada Jason

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kontroversi antara Jason dan Kaki Review semakin hangat apabila CEO Kaki Review tampil menjelaskan kenyataannya berhubung isu yang dibangkitkan sebelum ini. 

Dalam sebuah video yang dimuat naik di media sosial, beliau cuba memperbetulkan salah faham berkaitan kritikan terhadap Jason.

@ceokakireview

ramai yang tak faham,ni ak terangkan supaya korang lebih faham

♬ original sound – KAKI REVIEW 🇲🇾 – KAKI REVIEW 🇲🇾

“Ramai yang tak faham. Ni aku terangkan supaya korang lebih fahami. Aku ada tengok video aku daripada TikTok Jason dan beberapa media lain. 

“Dalam video ni aku nak perbetulkan balik yang mana tak faham. Dalam video itu, aku memang tak sebut nama. Tapi dia dah ambil video aku, dia sebut nama aku,” katanya.

Beliau turut menegaskan video asalnya tidak menyebut nama individu tertentu, walaupun isu itu kini dikaitkan dengan Jason.

“Aku boleh ketengahkan video ini sebab bukti-bukti semua ada. Aku tak sebut nama, tidak ada nama sesiapa yang disebut. Berapa ramai budak-budak food review yang bukan bangsa aku buat review,” jelasnya.

Selain itu, CEO Kaki Review menjelaskan pandangannya mengenai ulasan jujur terhadap makanan. Menurutnya, ulasan negatif tidak seharusnya diumumkan secara terbuka, tetapi dibincangkan dengan pemilik kedai terlebih dahulu.

“Kalau benda makanan itu tak sedap, jangan cakap dalam video. Pergi berjumpa dengan owner dan bagi dia buat penambahbaikan. Manalah tahu selepas beberapa hari kemudian bila kita datang semula, makanan dah rasa sedap,” tambahnya lagi.

Walau bagaimanapun, penjelasan ini tidak diterima baik oleh netizen yang mempersoalkan tindakan Kaki Review yang dilihat kerap menyukai dan membalas komen berkaitan nama Jason di ruangan komen video tersebut. 

“Saya ingatkan mesin basuh tadi. Spin kuat berpusing-pusing. Tak sebut nama, tapi yang komen nama Jason semua dia reply,” kata netizen.

“Tak payah la spin lagi bang, minta maaf je ler,” tambah netizen lain.

Terdahulu, Jason mempertahankan haknya untuk memberikan ulasan jujur terhadap makanan dan menolak kritikan yang mendakwa ulasannya boleh menjejaskan perniagaan peniaga.

Total
0
Shares
Total
0
Share