Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Cadangan mengenakan caj kenderaan ke Genting Highlands dijelaskan sebagai langkah yang sukar dielakkan bagi memastikan kerja penyelenggaraan jalan dapat dilakukan secara konsisten.
Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, laluan utama ke destinasi berkenaan ialah jalan persendirian yang diselenggara sepenuhnya oleh Genting Malaysia Berhad, dengan kos operasi yang semakin meningkat.
Tiong berkata konsep pengguna bayar dilihat lebih realistik memandangkan pembangun projek lain di sepanjang laluan bukan pemilik jalan tersebut dan tidak terikat dengan tanggungjawab penyelenggaraan.
Baca juga:
- Helah tutup nombor plat isi RON95, pesara PR Singapura didenda RM9,000
- ‘Senang cipta keserasian bila bermadu dengan kawan sendiri’
- Wanita dakwa doktor salah pasang IUCD hingga rahim bocor
Beliau menegaskan sebarang bentuk caj mesti ditetapkan secara adil dan telus, termasuk penjelasan mengenai kos sebenar, keperluan penyelenggaraan serta kadar yang akan dikenakan. Katanya, perkara itu telah disampaikan kepada pihak Genting dalam lawatan beliau ke tapak sebelum ini.
Tiong turut memuji kecekapan Genting Malaysia Berhad yang sentiasa memastikan laluan ke kawasan peranginan tersebut berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
Beban trafik semakin meningkat
Dalam masa sama, beliau berharap orang ramai memahami rasional cadangan caj tersebut. Jumlah kenderaan termasuk lori berat yang melalui laluan itu semakin bertambah dan memberi tekanan terhadap infrastruktur jalan.
Kenyataan itu disampaikan selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Resorts World Genting dan Tourism Malaysia di Genting Highlands pada Khamis.
Sumber: Astro Awani








