'Cafe local memang kena jual kopi harga Stabaks ke?' - Netizen - The Reporter

‘Cafe local memang kena jual kopi harga Stabaks ke?’ – Netizen

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Minuman kopi antara minuman yang menjadi pilihan ramai. Bukan hanya sebagai satu cara untuk menghilangkan rasa mengantuk, minuman kopi juga dilihat seperti minuman utama kebanyakan masyarakat.

Apabila melihat masyarakat mula menggemarkan kopi, pelbagai premis mula mengambil peluang untuk mengenengahkan kopi di dalam menu mereka.

Tetapi, timbul persoalan apabila harga yang dijual rata-ratanya dikatakan sangat mahal dan tidak munasabah serta rasa yang tidak memuaskan.

Kata netizen, ada peniaga yang meletakkan harga sehingga menyamai premis terkenal.

Bagaimanapun, ada yang mengatakan harga tersebut bersesuaian sekiranya premis berkenaan menggunakan biji kopi dan kopi mesin yang berkualiti.

Dalam pada itu, individu yang pernah bekerja di sebuah kafe menyatakan harga minuman kopi tempatan dikatakan mahal kerana menggunakan biji kopi dan susu yang mahal serta berkualiti.

Namun, ada juga yang membandingkan harga minuman di Thailand jauh lebih murah daripada Malaysia, sedangkan minuman tersebut mempunyai rasa yang sama.

https://twitter.com/cacapicecek/status/1746397268545286629?s=20

Sumber: X

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!