Bunuh isteri guna tukul besi, tukang rumah didakwa di mahkamah - The Reporter

Bunuh isteri guna tukul besi, tukang rumah didakwa di mahkamah

Lelaki yang membunuh isterinya menggunakan tukul sehingga mati pada 5 April lalu, hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Dungun atas pertuduhan membunuh.

Tertuduh, Mohd Amir Hamzah, 32, hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Noradila Ab Latif.

Tertuduh didakwa membunuh Rubiah Sabtu, 41, dengan memukulnya menggunakan tukul besi di sebuah rumah di Kampung Besol, Bukit Besi, antara jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi 5 April 2023.

Tukang rumah berkenaan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan berdepan dengan hukuman mati jika didapati bersalah.

Tiada sebarang pengakuan daripada tertuduh dan mahkamah menetapkan 13 Jun depan untuk tarikh sebutan semula kes dan laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Athirah Hashim dan tertuduh pula diwakili oleh peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Hafizul Faris Che Razlan.

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN:

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!