'Bukan niat riak atau bangga diri' - Aliff Syukri, isteri bayar zakat perniagaan RM1 juta | The Reporter

‘Bukan niat riak atau bangga diri’ – Aliff Syukri, isteri bayar zakat perniagaan RM1 juta

Sumber Gambar: Instagram Shahidadherbs

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Usahawan terkenal ini sering menjadi perhatian ramai bukan sahaja dengan kontroversi, malahan perkara-perkara kebaikan yang dilakukan.

Menerusi hantaran di Instagram isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, Datin Seri Nur Shahida memuat naik pemberian zakat perniagaan mereka kepada Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM1 juta.

Bagaimanapun, Shahida menjelaskan, perkongsian berkenaan bukanlah berniat untuk riak atau berbangga, tetapi bertujuan sebagai pemangkin semangat kepada individu atau syarikat di luar sana.

“Alhamdulillah selesai sudah menyempurnakan majlis penyerahan zakat pagi tadi di Wisma PKPS Shah alam.

“Bukan niat nak meriak atau bangga diri. Tetapi sesungguhnya ia bertujuan sebagai pemangkin atau memberi semangat kepada individu atau Syarikat yang mempunyai lebihan pendapatan untuk sama sama memberi zakat buat mereka yang sangat sangat memerlukan.

“Ingat keberkatan setiap sen yang mengalir itu sangat mustahak. Justeru mari lah menyumbang kepada Lembaga Zakat di atas setiap hasil keuntungan yang kita jana. Semoga apa yang kita sumbangkan ini mampu membantu sedikit sebanyak insan yang memerlukan,” tulisnya.

Sementara itu, diruang komen, rata-rata netizen dan beberapa selebriti yang menjadikan perkongsian itu sebagai satu inspirasi dan dalam masa yang sama memuji tindakan pasangan berkenaan.

Related Posts