'Bukan duk diam saja, pihak kita pun ada usaha' - Zain Saidin | The Reporter

‘Bukan duk diam saja, pihak kita pun ada usaha’ – Zain Saidin

Sumber Gambar: Kosmo

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelakon Zain Saidin menjelaskan pihaknya tidak hanya mendiamkan diri sebaliknya berusaha untuk mencari jalan dalam menyelesaikan isu berkaitan hutang dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Menerusi respon kepada netizen dalam siaran langsung di TikTok, Zain memaklumkan berniaga dalam media sosial merupakan usaha yang dilakukan mereka.

“Bukan duduk sahaja, meniaga minyak wangi dalam TikTok ini juga usaha saya.

“Kita usaha. Siapa yang beli minyak wangi ini, itu rezeki saya. Saya jual benda yang baik.

“Bukannya kami duduk sahaja. Macam saya cakap, pihak kita pun ada juga usaha sebenarnya. Bukan relaks dan anggap tiada hal dengan semua yang berlaku.

Dalam pada itu, Zain turut memberikan respon netizen yang mempersoalkan tentang kemewahan yang ditayangkan oleh isterinya, Rozita Che Wan.

Katanya, semua itu adalah rezeki dan tidak berniat untuk bersifat menunjuk atau riak.

“Kami bukan tunjuk mewah dan hanya ambil gambar seperti biasa. Tiada niat menunjuk

“Adakah memakai baju raya cantik-cantik itu nak menunjuk? Pergi bercuti takkan hanya bawa dua pasang baju sahaja?” katanya.

Sumber: Kosmo

Related Posts