'Bukan B40 ke beli barang dia, dia ingat T20 nak beli?' - Madammu selar tindakan founder halau B40 keluar live | The Reporter

‘Bukan B40 ke beli barang dia, dia ingat T20 nak beli?’ – Madammu selar tindakan founder halau B40 keluar live

Sumber Gambar: Gambar hiasan, ekonomiupriid

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ketika ini tidak dapat dinafikan jualan produk sangat laku menerusi jualan dalam talian. Kewujudan Shopee dan TikTok antaranya menjadi tarikan ramai.

Di TikTok pula, ketika sesi siaran langsung, kebanyakan produk dikatakan sangat laku apatah lagi dengan bermacam-macam tawaran dan promosi yang dibuat.

Namun, perkara yang kurang enak didengari apabila tular mengatakan seorang pengasas produk telah menghina golongan B40.

Menerusi beberapa perkongsian di TikTok, katanya ada individu bertanyakan tentang harga produk yang dijual, namun jawapan yang diberikan oleh pengasas berkenaan sangat megecewakan.

Katanya, pengasas berkenaan bertindak menghalau keluar dari ‘live’ tersebut dan menyatakan jika tiada wang untuk membeli produknya, jangan masuk semasa dia sedang bersiaran.

Rata-rata netizen geram dengan kenyataan yang dibuat dan meminta pengasas produk Noir, Madammu untuk mengulas isu tersebut.

Kata Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri, sepatutnya pengasas berkenaan tidak patut berkata demikian kerana baginya golongan inilah yang sentiasa menyokong mana-mana perniagaan.

“Bukan B40 ke yang beli barang dia, dia ingat T20 nak beli barang dia? Lupa diri. Orang yang macam ni sekelip mata je.

“Saya tak suka orang lupa diri macam tu,” katanya.

Dalam pada itu, Madammu juga menjelaskan usahawan yang dilatih beliau sebelum ini kebanyakan daripada golongan B40 dan kini telah bergelar golongan M40 dan sebagainya.

Beliau dan suaminya juga tidak bersetuju dengan pengkelasan yang dibuat oleh sesetengah netizen apabila mahu membeli produk.

Sumber: TikTok misstyra

Related Posts