Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tragedi memilukan berlaku apabila seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun maut, dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di Bandaraya Johor Bahru, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa dipercayai ditinggalkan bersendirian oleh ibunya ketika mangsa sedang tidur.
Dfahamkan, suri rumah berusia 32 tahun berkenaan keluar rumah bersama anak bongsunya berusia empat bulan, untuk mengambil anak sulungnya yang berusia 11 tahun dari sekolah.
Sekembalinya ke rumah, dia mendapati anaknya tiada di dalam rumah dan ditemui di aras enam kondominium dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Mangsa dipercayai telah membuka pintu koridor rumah yang tidak berkunci dan memanjat dinding hingga terjatuh ke bawah.
Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian badan dan kepala.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana cuai dan pengabaian terhadap kanak-kanak.
Ibu mangsa telah ditahan oleh pihak polis, namun dibebaskan semula dengan jaminan polis.
Sumber: Harian Metro








