Budak 8 tahun dilibas dengan paip PVC oleh guru madrasah, kerana lempar kucing terhadap rakannya - The Reporter

Budak 8 tahun dilibas dengan paip PVC oleh guru madrasah, kerana lempar kucing terhadap rakannya

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Wanita yang juga ibu angkat kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dilibas menggunakan paip PVC oleh guru di sebuah madrasah di Sik, Kedah, tampil mendedahkan punca mangsa diperlakukan sedemikian.

Siti Asma Mahadi, 40, pengusaha Taska di Pulau Pinang berkata, mangsa dipercayai dipukul oleh seorang ustaz sehingga mengalami kecederaan teruk di bahagian punggung.

Baca artikel berkaitan: Ibu terkejut anak angkatnya alami lebam teruk di badan akibat dirotan guru madrasah menggunakan paip pvc.

Menurut Siti, ketika dia datang membawa mangsa dan seorang lagi anak angkatnya berusia 10 tahun, keluar makan pada jam 6 petang, 11 November, mangsa hanya berdiri dan memeluk kerusi. Dia pada awalnya menyangka anaknya itu sengaja berdiri atau terlalu merinduinya.

Tetapi apabila tiba di kedai makan, mangsa enggan duduk dan berterusan berdiri membuatkan Siti Asma menegurnya. Abangnya kemudian memberitahu, adik tidak mahu duduk disebabkan sakit di bahagian punggung selepas didenda dan dipukul oleh ustaz.

Dilibas dengan paip PVC kerana lempar kucing

Difahamkan, ustaz berbuat demikian kerana mangsa membaling kucing kepada rakannya. Si abang menambah, dia tidak mampu berbuat apa-apa selain mendengar jeritan adiknya, kerana dia diarahkan masuk ke dalam bilik.

Siti Asma terus memeriksa badan mangsa dan terkejut apabila melihat kesan kecederaan yang dialami, lalu bertanya kepada pihak sekolah mengapa anaknya diperlakukan seperti itu.

Mudir madrasah berkenaan kemudian memohon maaf dan menjelaskan guru yang memperlakukan mangsa seperti itu adalah menantunya. Malah dia meminta agar ibu mangsa tidak memanjangkan kes itu kerana menantunya bakal menimang cahaya mata.

Tidak berpuas hati dengan kejadian itu, Siti Asma nekad membuat laporan polis dan kedua-dua anak angkatnya terus dibawa pulang ke rumahnya.

Susulan kejadian itu, polis telah menahan suspek berusia 27 tahun dan pada pagi keesokan harinya. Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Sumber: Kosmo! Online

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!