'Buatlah, saya tidak ada masalah dengan Himpunan Rakyat Benci Rasuah' - Anwar - The Reporter

‘Buatlah, saya tidak ada masalah dengan Himpunan Rakyat Benci Rasuah’ – Anwar

Sumber Gambar: Facebook Anwar Ibrahim

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang bakal diadakan esok mendapat perhatian ramai. Parti pembangkang turut dikatakan akan menyertai himpunan tersebut. Bagaimanapun, Sekretariat Rakyat Benci Rasuah (SRBR) memberi amaran kepada parti berkenaan supaya tidak membawa imej parti semasa himpunan berkenaan.

Mengulas mengenai isu himpunan ini juga, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau tiada masalah dengan perhimpunan tersebut sambil menegaskan komitmennya untuk memerangi rasuah di semua peringkat.

Menurut Anwar, kebenaran untuk perhimpunan itu telah diberikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Saifuddin sebelum ini mengingatkan penganjur agar mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Kebenaran sudah diberikan, cuma ada tempat-tempat yang kemudian tidak diberi kebenaran. Bagi saya, tiada masalah. Nak bantah, bantahlah rasuah,” katanya.

Anwar menekankan bahawa isu rasuah yang dibincangkan dalam perhimpunan itu perlu berdasarkan fakta dan tidak hanya memfokuskan isu lama.

“Isu rasuah ini sering dibangkitkan. Saya jadi Perdana Menteri baru dua tahun, apa masalah rasuah yang ada sekarang? Kalau nak tumpu, tumpu pada isu semasa.

“Ada pihak yang bangkitkan isu lama. Sebahagiannya telah selesai, sebahagiannya belum mampu kita selesaikan. Tapi bila kita dedahkan kehilangan berbilion ringgit, mereka pula diam, malah ada yang mempertahankan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!