Bomba henti kaedah penyelaman, dalam operasi SAR mangsa tanah jerlus di Masjid India | The Reporter

Bomba henti kaedah penyelaman, dalam operasi SAR mangsa tanah jerlus di Masjid India

Sumber Gambar: Bernama

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Memasuki hari kelapan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus di Masjid India, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terpaksa menghentikan kaedah penyelaman kerana terlalu berisiko.

Keputusan tersebut dibuat kerana terdapat halangan yang keras, ruang sempit selain keadaan arus air di saluran kumbahan itu.

Mengulas lanjut mengenai isu ini, Ketua Pengarah Datuk Nor Hisham Mohammad berkata selepas mengadakan perbincangan dan mendapat maklum balas daripada dua penyelam, beliau dapat berasakan risiko untuk meneruskan operasi.

Katanya, dua penyelam JBPM dan syarikat kumbahan melakukan selaman pada jam 4 pagi tadi dan mendapati tiada ruang untuk meneruskan penyelaman selain terpaksa meniarap untuk masuk ke lokasi pencarian.

“Kita cukup risau apabila mereka tersekat, ada ‘piston effect’ (kesan omboh) daripada air membuatkan mereka tak boleh mengundur, kita terus berkomunikasi dengan penyelam melalui telekomunikasi bawah air supaya dia selesa.

“Sebenarnya ia terlampau berisiko di lokasi 18 meter, ada bongkah yang tak boleh lalu, (penyelam) cuba terajang pun ia tak bergerak. Kalau dia pergi juga, dia mungkin boleh pergi sebab ditolak arus tetapi nak balik dari lubang itu kemungkinan kalah dengan ‘piston effect’, jadi sangat bahaya,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Related Posts