'Boleh tak majikan berhenti tanya alasan kenapa staf ambil cuti? Cuti itu hak pekerja' - The Reporter

‘Boleh tak majikan berhenti tanya alasan kenapa staf ambil cuti? Cuti itu hak pekerja’

Foto hiasan sahaja

Majikan yang selalu bertanya alasan pekerja mengambil cuti mungkin menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan pekerja. Tindakan ini boleh membuat pekerja berasa tidak selesa atau privasi mereka tidak dihormati.

Baru-baru ini, seorang wanita tampil menyeru golongan majikan berhenti berbuat demikian kerana pekerja berhak mengambil cuti tanpa perlu memaklumkan apa jua alasannya.

“Boleh tak semua majikan stop ada habit tanya kenapa staf tu nak ambil cuti? Celah mana yang susah sangat nak faham yang cuti ini adalah hak untuk setiap pekerja.

“Untuk apa alasan sekali pun staf nak ambil cuti, itu suka hati dia sebab dia di luar waktu bekerja dan itu memang hak dia. Tak ada dalam akta kerja yang tulis ada sesetengah alasan yang membuatkan pekerja ini tidak layak untuk guna cuti dia,” katanya.

Jangan bebankan staf sedia

“Saya geram dan marah sebab bukan seorang, bukan dua orang, tetapi ramai yang DM saya cerita majikan mereka minta alasan kenapa nak kena mohon cuti. Kalau nak pergi bercuti, majikan tanya nak pergi ke mana. Apa motif?

“Nak kata, perlu tahu alasan sebab nak susun atur manpower planning. Hello?! Manpower planning itu jatuh bawah tanggungjawab majikan.

“Sebagai majikan, once dah establish an organization, kena tahu tanggungjawab ntuk susun atur cantik-cantik manpower planning itu. Sedar atau tidak yang syarikat tak cukup staf, tenaga kerja? Jadi, usah jadikan pekerja yang sedia ada sebagai mangsa yang tidak dapat menggunakan kemudahan cuti, semata-mata untuk cut cost company, untuk hire orang yang diperlukan,” katanya.

Cuti bukan hak mutlak pekerja

Bagaimanapun, ada yang menyanggah kenyataannya dengan menekankan bahawa cuti bukanlah hak mutlak pekerja. Malah, ada sebab mengapa majikan bertanya tentang alasan pekerja yang memohon cuti.

“Cuti tahunan itu hak pekerja, tetapi bukan hak yang mutlak. Itu sebab kena mohon cuti dengan alasan,” kata Azman.

“Nak planning apa kalau hire 100 pekerja, kemudian semua nak cuti pada masa yang sama atas alasan hak mereka. Jadi, company ke tutup ke?” kata Melo.

“Elok majikan bertanya kenapa ambil cuti. Contoh situasi, kalau audit nak datang dan masa itu nak cuti atau, orang atasan nak turun tengok site dan masa itulah nak cuti, memang tidak bolehlah jawabnya,” kata Pablo.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!