'Bila rakyat kritik, tutup mulut & mata rakyat' - Syed Saddiq dakwa sekatan media sosial meningkat 40 kali ganda? - The Reporter

‘Bila rakyat kritik, tutup mulut & mata rakyat’ – Syed Saddiq dakwa sekatan media sosial meningkat 40 kali ganda?

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan lantang mengkritik solusi kerajaan yang didakwa membuat sekatan keatas kritikan rakyat. Beliau mempersoalkan kewajaran pihak kerajaan bertindak demikian sehingga jumlah sekatan meningkat berganda-ganda.

“Ringgit Malaysia menjunam ke paras paling teruk. Kos sara hidup meningkat. Ahli politik dapat pencen bertingkat-tingkat tapi penjawat awam dimansuhkan pula pencennya.

“Rasuah makin teruk, janji-janji dicapatikan. Solusi kerajaan? Tutup mulut dan mata rakyat. Sekatan kritikan rakyat meningkat lebih meningkat lebih x40 kali ganda bawah kerajaan ni,” tulisnya.

Dalam pada itu juga, dia memetik laporan akhbar yang menyatakan kerajaan mengarahkan syarikat media sosial untuk menyekat kritikan rakyat. Dia juga mendakwa syarikat media sosial diugut jika tidak mengikut undang-undang dan arahan kerajaan.

“Siapa yang labelkan undang-undang ini zalim? Bukan saya yang labelkan. Mereka yang dah melupakan janji mereka kepada rakyat dulu. Kata nak mansuhkan tak buat juga.

“Siap perkuatkan dengan kenaikan hukuman kepada undang-undang zalim ini. Inilah solusi baru Madani, bila rakyat marah kos sara hidup meningkat, mata wang ringgit paling lemah, janji-janji dicapatikan. Solusi mereka, tutup mata dan mulut,” katanya.

Netizen pertikai dakwaan Syed Saddiq

Bagaimanapun seorang lelaki mendedahkan kandungan yang disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) seperti yang disebutkan oleh Syed Saddiq adalah kandungan berita palsu.

Sumber: Syed Saddiq, Farhan Zulkefly

Total
0
Shares
Total
0
Share