'Bila company trip, tak dibenarkan meeting, KPI, ucapan' - Khairul Aming bawa staff bercuti hotel 5 bintang, duit poket - The Reporter

‘Bila company trip, tak dibenarkan meeting, KPI, ucapan’ – Khairul Aming bawa staff bercuti hotel 5 bintang, duit poket

Sumber Gambar: Instagram Khairul Aming

Kejayaannya menjadi inspirasi kepada anak muda untuk mengorak langkah dalam membentuk kerjaya.

Bukan hanya kejayaan sebagai pempengaruh, malahan Khairul Aming juga mendapat pujian sebagai seorang majikan yang bertanggungjawab.

Terbaharu, menerusi hantaran di media sosial, Khairul Aming sekali lagi ‘menambat’ hati pekerjanya dengan membawa mereka bercuti di Pulau Pinang.

Sebaik sahaja selesai pertemuan bersama Perdana Menteri New Zealand, dia terus bergegas ke Pulau Pinang untuk menyambut kedatangan pekerjanya.

“Kita tutup kilang selama 5 hari untuk bawa kesemua 100 staff Khairulaming bercuti di Penang.

“Semua staff dapat hotel 5 star bilik seaview, duit poket untuk shopping, main escape park, parasailing, banana boat, jetski, explore bandar georgetown, makan nasi kandar, grand dinner dan macam-macam lagi. Yang penting semua staff dapat berehat dan bercuti dengan happy,” kongsinya.

Dalam hantaran tersebut juga, Khairul Aming menyatakan percutian mereka semua tidak dibenarkan ada sebarang mesyuarat, laporan prestasi pekerja dan syarikat atau ucapan-ucapan tertentu.

“Kita datang sini nak seronok, rilek dan berehat sahaja,” katanya.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!