Bukan tugas kita untuk mengertak pembeli dengan kata-kata pedas, hati manusia ini Allah yang jaga. Jika Allah telah mengizinkan seseorang itu untuk menjadi pelanggan kita juga adalah kerana Dia. Jika tidak, bukan tugas kita untuk menilai.
Pengguna ada hak untuk bertanya dan peniaga juga ada hak untuk menghormati keputusan pengguna. Dan ini juga yang saya hadapi ketika berdepan dengan pelanggan yang kerap bertanya tentang harga barangan yang idjual. Saya tidak pernah berburuk sangka kepada mereka kerana Allah sudah menetapkan rezeki setiap makhluk. Jika tidak diizinkan mereka menjadi pelanggan saya, saya redha kerana itu bukan rezeki saya.
Sementara itu, netizen pula berpendapat bahawa insiden ini berlaku berpunca dari kesilapan para peniaga online yang tidak menyatakan harga pada barangan yang dijual. Sebaliknya pelanggan diminat untuk menghubungi mereka jika mahu mengetahui harga yang ditawarkan.
“Peniaga online selalu tak letak harga barang. Suruh PM untuk tahu harga. Bila PM, kita nak tahu harga barang saja pun, dia mesej panjang berjela-jela. Bila kita tak beli, marah. Kalau dah tahu macam itu, pamerkan sajalah harganya siap-siap agar tiada masa yang terbuang di kedua-dua belah pihak,” kata Cik Syafi. – The Reporter











