'Berniaga macam ni pun sanggup orang tipu', peniaga kecewa terima wang palsu RM100 | The Reporter

‘Berniaga macam ni pun sanggup orang tipu’, peniaga kecewa terima wang palsu RM100

Peniaga makanan memegang wang kertas RM100 sambil menunjukkan cara menyapu air pada wang untuk mengesan wang palsu
Peniaga menujukkan wang palsu yang diterima. Gambar: TikTok Kak Emi Kitchen

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang peniaga makanan meluahkan rasa kecewa dan kesal selepas menerima wang palsu bernilai RM100 daripada seorang pelanggan.

Menerusi satu hantaran video di TikTok Kak Emi Kitchen, beliau menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan video tersebut hanyalah kandungan (content) rekaan untuk tujuan pemasaran.

Bagi membuktikan wang tersebut adalah palsu, peniaga berkenaan mengambil air dan menyapunya pada wang kertas itu. Tidak lama kemudian, dakwat berwarna ungu daripada wang kertas berkenaan mula tertanggal.

“Nampak, kan? Dakwat pun melekat pada jari.

“Berniaga macam ni pun ada juga orang sanggup menipu,” katanya dalam video tersebut.

Menurutnya lagi, ketika kejadian, dia tidak menyedari telah menerima wang palsu kerana ketika itu gerai makan mereka sedang dipenuhi pelanggan.

Insiden tersebut mengundang simpati orang ramai, malah ramai dalam kalangan netizen mencadangkan agar peniaga mula beralih kepada kaedah pembayaran tanpa tunai, seperti menggunakan kod QR.

Cadangan ini turut selari dengan saranan pihak Bank Negara Malaysia, yang menyarankan peniaga kecil menggunakan kaedah pembayaran digital untuk mengurangkan risiko menerima wang palsu.

Related Posts