Satu kajian terbaru mendapati, individu yang bermain konsol permainan video seperti PlayStation 5 (PS5) dan Nintendo Switch sebenarnya berkait rapat dengan peningkatan kesihatan mental.
Kajian yang dilakukan oleh Profesor Madya Hiroyuki Egami dari Universiti Nihon ini telah diterbitkan dalam jurnal Nature Human Behaviour. Kajian ini adalah kajian yang paling komprehensif mengenai hubungan antara bermain permainan video dan kesihatan mental yang pernah dijalankan.
Kajian menunjukkan, bermain Nintendo Switch dikaitkan dengan peningkatan kesihatan mental sebanyak 0.60 piawai deviasi, sementara bermain PlayStation 5 meningkatkannya sebanyak 0.12 piawai deviasi.
Selain itu, Nintendo Switch memberikan manfaat yang lebih besar kepada remaja, manakala PlayStation 5 memberikan manfaat yang lebih kecil kepada remaja dan wanita. Kajian ini dilakukan oleh pasukan penyelidik semasa kekurangan bekalan pada pandemik COVID-19.
“Dapatan kami mencabar stereotaip umum mengenai permainan video yang dianggap merosakkan atau hanya memberikan kegembiraan sementara. Kami telah membuktikan, bermain permainan video sebenarnya dapat meningkatkan kesihatan mental dan kepuasan hidup dalam pelbagai kalangan individu,” kata Profesor Hiroyuki Egami.
Walaupun kajian ini menunjukkan manfaat kesihatan mental daripada bermain konsol permainan video, ini tidak bermakna ibu bapa perlu membiarkan anak-anak bermain tanpa pengawasan. Sebaiknya, pantau dan kenakan had waktu bermain agar mereka tidak terlalu leka dan lalai.