PAS belum namakan ‘poster boy’ untuk PRU16
Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Perikatan Nasional (PN) tidak akan menamakan sesiapa sebagai calon perdana menteri selagi belum berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara, kata Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin.
Menurutnya, walaupun PAS mempunyai ramai pemimpin berwibawa, gabungan itu akan hanya memutuskan perkara tersebut selepas berjaya menawan Putrajaya.
“Memang tidak nampak lagi ‘poster boy’, tapi beri kuasa dulu, kita ketengahkan calon dan memerintah jauh lebih baik daripada kerajaan sekarang,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia.
Hashim turut memberi contoh kepimpinan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pada awalnya diragui kemampuannya, namun akhirnya berjaya memimpin Kelantan dengan cemerlang selama lebih dua dekad. Beliau turut menegaskan bahawa bukan sahaja profesional, malah ulama juga layak mengetuai kerajaan.
Baca juga:
- Rafizi Ramli desak keputusan segera, sedia dipecat jika langgar perlembagaan parti
- Dr Noraishah Mydin, umum tarik diri dari PKR
- Ucapan Ramanan dicelah Hassan Karim, cetus ketegangan di Konvensyen PKR Johor
Desakan umum calon PM terus memuncak
Kenyataan Hashim hadir selepas himpunan ‘Turun Anwar’ anjuran Pemuda PAS mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan. Namun, desakan balas daripada pengkritik turut menuntut agar PN menamakan siapa pengganti yang bakal ditawarkan.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Bersatu Hamzah Zainudin juga menyatakan belum ada keperluan mendesak menamakan calon kerana gabungan itu perlu memastikan kesepaduan terlebih dahulu.
Isu calon perdana menteri PN semakin diperkatakan sejak November lalu, apabila Hashim menafikan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah disahkan sebagai calon rasmi. Namun begitu, beberapa pemimpin Bersatu dan Gerakan kekal menyokong Muhyiddin sebagai pilihan utama bagi mengetuai PN menghadapi PRU16.
Sumber: Free Malaysia Today








