Beri gambaran seksaan, filem 'Siksa Neraka' disekat masuk ke pawagam Malaysia, Brunei - The Reporter

Beri gambaran seksaan, filem ‘Siksa Neraka’ disekat masuk ke pawagam Malaysia, Brunei

Poster filem Siksa Neraka

Filem Siksa Neraka yang diterbitkan oleh Dee Company diharamkan memasuki tayangan pawagam di Malaysia dan Brunei.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran ringkas di aplikasi X oleh Annetanna Entertainments.

https://twitter.com/ANTENNAETS/status/1744298243624927512?s=20

“Kepada mereka yang menanti, filem Siksa Neraka diharamkan memasuki pasaran Malaysia dan Brunei,” tulisnya.

Filem seram dari Indonesia ini menggambarkan seksaan yang dihadapi atas dosa yang dilakukan di alam Neraka.

Bagaimanapun, netizen menyambut baik keputusan tersebut walaupun dikatakan filem berkenaan telah memberikan kesan pengajaran kepada penonton di Indonesia.

Pempengaruh terkenal Indonesia, Lucinta Luna dikatakan amat terkesan dengan filem berkenaan sehinggakan beliau menyuarakan hasrat untuk bertaubat kembali ke pangkal jalan.

Filem yang dibarisi pelakon Safira Ratu Sofya, Kiesha Alvaro, dan Ariyo Wahab merupakan adaptasi dari sebuah komik yang terkenal di Indonesia.

Sumber: Annetanna Entertainments, jalantikus

Tak nak ketinggalan berita terkini? Sertai kami di Facebook, Instagram, X (Twitter), Telegram, WhatsApp dan Threads!

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!