'Beri duit kononnya sedekah, tiket bas, ole-ole semasa pilihan raya adalah satu kesalahan' - SPRM - The Reporter

‘Beri duit kononnya sedekah, tiket bas, ole-ole semasa pilihan raya adalah satu kesalahan’ – SPRM

Sumber gambar: Kosmo! Online (Gambar hiasan sahaja)

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan pemberian wang kononnya sedekah, bayaran tiket bas atau ole-ole semasa musim pilihan raya adalah satu kesalahan yang menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menjelaskan, perbuatan sedemikian boleh dianggap sebagai cubaan untuk mempengaruhi pengundi.

Sedangkan seseorang pengundi itu perlu tahu bahawa adalah menjadi hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengundi untuk pulang mengundi tanpa mengharapkan sebarang ‘imbuhan’ daripada mana-mana pihak termasuk calon yang bertanding.

“Hak kita untuk mengundi dan jika dibayar (tiket pengangkutan) ia menyalahi undang-undang kerana tiada ketelusan dalam pilihan raya itu,” katanya.

Selain daripada itu, calon atau ejennya juga tidak boleh menghantar pengundi ke pusat pengundian kerana perbuatan itu dianggap sebagai perkhidmatan.

Sebagai contoh, sekiranya ada calon yang mahu menyediakan perkhidmatan bas untuk menghantar pengundi ke pusat mengundi, tiada sesiapa yang akan tahu apa yang berlaku di dalam bas tersebut.

Azam turut mengingatkan, SPRM tidak boleh dipersalahkan sekiranya sesuatu tindakan diambil atau dikenakan kerana pihaknya hanya menguatkuasakan undang-undang sedia ada.

Justeru, Azam menasihatkan para pengundi untuk tidak menerima sebarang tawaran atau imbuhan untuk mengundi seseorang. Sekiranya yang berbuat demikian, orang ramai diminta melaporkan perkara itu kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

Calon dan ahli politik juga diberi peringatan sama untuk tidak melakukan kesalahan itu. Jika didapati berlaku, kemenangan mereka juga boleh dibatalkan.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!