Berdebat soal 'ayam atau telur dahulu', lelaki tikam rakan | The Reporter

Berdebat soal ‘ayam atau telur dahulu’, lelaki tikam rakan

Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki bertindak menikam rakannya sehingga meninggal dunia di Kabupaten Muna, Sulawesi Tenggara hanya gara-gara teka-teki mengenai kemunculan ayam atau telur.

Kedengaran agak pelik tetapi itu situasi yang berlaki disebalik motif pembunuhan.

Ketika kejadian, suspek yang dikenali sebagai DR mengajak mangsa untuk minum minuman keras ketika mangsa datang ke rumah salah seorang saksi.

Menurut pihak polis, suspek kemudiannya mula berteka teki tentang kewujudan ayam atau telur.

“Mangsa datang untuk membayar hutang ke rumah salah seorang saksi, kemudian diajak minum oleh suspek.

“Suspek memberikan teka teki, apa yang lahir dulu, ayam atau telur? Kemudiannya mereka berdebat,” katanya.

Namun, semasa mangsa meminta untuk beredar, suspek telah pulang ke rumahnya dan mengambil pisau mengejar mangsa dan menikam beberapa kali.

Sumber: Detik

Related Posts