Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang lelaki berusia 23 tahun, dikenali sebagai AM, dari Kapuas Hulu, Kalimantan Barat, tergamak membunuh ibu kandungnya, SK, hanya kerana berang tidak dibelikan motosikal baharu, dalam kejadian pada 14 Disember 2024.
“Suspek tidak puas dengan ibunya yang menolak membelikannya motosikal baharu. Akhirnya, suspek bertindak menganiaya mangsa,” kata jurucakap polis, Asisten Superintenden Polis (ASP) Dony, pada Sabtu, 4 Januari 2025.
Siasatan awal mendapati, AM menyerang ibunya menggunakan bahagian belakang kapak sebanyak satu kali. Akibat serangan itu, mangsa jatuh tidak sedarkan diri.
Panik melihat keadaan mangsa, suspek bertindak memukul kepala mangsa beberapa kali kerana bimbang perbuatannya terbongkar.
AM kemudian menyeret mayat ibunya ke sebuah rumah kosong berhampiran dan membersihkan kesan darah di tempat kejadian.
Pada keesokan harinya, dia berpura-pura menemui mayat mangsa dan melaporkan penemuan itu kepada penduduk setempat.
Bagaimanapun, keluarga mangsa mula curiga kerana AM merupakan individu terakhir yang dilihat bersama mangsa. Hasil siasatan polis kemudian mendedahkan bahawa AM mengaku telah membunuh ibunya sendiri.
Suspek telah dihadapkan ke mahhkamah dan bakal berdepan dengan hukuman maksimum 15 tahun penjara. – Agensi








