Berang isteri tidak mandi, suami pukul dengan kayu hingga mati | The Reporter

Berang isteri tidak mandi, suami pukul dengan kayu hingga mati

Sumber Gambar: Thaiger

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki ditahan kerana telah bertindak memukul isterinya dengan kayu hingga mati.

Menerusi laporan, kejadian yang berlaku di Mueang, Thailand itu berpuca gara-gara berang dengan isterinya yang tidak mandi.

Pegawai penyiasat, Leftenan Phayung Kulkhamsaeng berkata, pihaknya menahan lelaki itu pada 14 Julai lalu selepas menerima maklumat pada 10.50 malam memaklumkan mengenai serangan yang mengakibatkan kematian.

Mangsa yang dikenali sebagai Praitun ditemukan maut di dalam bilik air. Hasil pemeriksaan mendapati badan dan kepala mangsa mengalami kecederaan konsisten dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

Mayat kemudiannya dihantar ke unit forensik Hospital Roi Et untuk dibedah siasat.

Polis berjaya menahan suspek dikenal pasti Watcharin, yang juga suami mangsa ketika bersembunyi di dalam bilik air rumah berdekatan.

Semasa hari kejadian, pertengkaran dikatakan berlaku apabila Watacharin menyuruh isterinya mandi.

Semasa disoal siasat, Watcharin mengaku memukul isterinya dengan kayu dalam keadaan mabuk dan marah, namun mendakwa dia tidak menyedari isterinya sudah meninggal dunia.

Sumber: Thaiger, Harian Metro

Related Posts