Bengang anak dilayang kad merah, bapa ambil batang besi dipercayai mahu pukul pengadil - The Reporter

Bengang anak dilayang kad merah, bapa ambil batang besi dipercayai mahu pukul pengadil

Seorang bapa dirakam bertindak luar kawalan apabila dilihat memegang batang besi gara-gara berang dengan tindakan pengadil yang melayangkan kad merah kepada anaknya dalam satu perlawanan bola sepak.

Sejurus sahaja wisel berbunyi, lelaki tersebut mengambil batang besi yang panjang dan menuju ke arah padang bola.

https://twitter.com/ronramka/status/1810190959155802526

Namun, tindakannya itu disekat oleh seorang anggota Rela yang bertugas.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu menjerit meminta lelaki berkenaan supaya bertenang.

Seolah masih tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, dia kemudiaannya memberikan amaran kepada pengadil dan anggota RELA berkenaan sebaik sahaja anak lelakinya itu keluar dari padang bola.

Tindakan lelaki berkenaan dikecam ramai kerana dianggap tidak bersikap professional.

“Bola Malaysia dahlah nazak. Ada pulak orang macam ni jadi enabler kepada anak-anak tunjuk perangai tak semenggah,” kata netizen.

Sumber: Ron Kemar

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!