Belasah isteri sehingga koma, Rosmaini Abd Raof diperintah bela diri - The Reporter

Belasah isteri sehingga koma, Rosmaini Abd Raof diperintah bela diri

Sumber gambar: Kosmo! Online, New Straits Times

Jahidah Nordin, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga, mengalami kecederaan parah akibat dipukul oleh suaminya, Rosmaini Abd Raof, pada Mei 2021, di bahagian kepala, muka dan tangan.

Akibat daripada kejadian itu, Jahidah mengalami kecederaan parah di kepala sehingga sebahagian tengkoraknya terpaksa dibuang. Selain itu, mangsa juga mengalami retak di bahagian rahang, tulang belakang dan rusuk.

Dia kemudian dilaporkan koma dan terpaksa melahirkan bayinya, Eshan Nufail, melalui pembedahan caesarean pada November 2021.

Pada Mac 2023, Mahkamah Rendah Syariah Seremban membenarkan permohonan fasakh yang dikemukakan keluarga Jahidah, dan pasangan itu bercerai.

Rosmaini pada 17 Jun 2021, tidak mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Berjaya buktikan kes prima facie

Namun dalam laporan media semalam, peniaga berusia 41 tahun itu telah diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen untuk membela diri atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah kepada bekas isteri ketiganya.

Hakim Fatimah Zahari (Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur) membuat keputusan tersebut setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Rosmaini, di akhir kes pendakwaan.

24 Januari 2024 untuk sebutan semula bagi menetapkan tarikh perbicaraan.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!