Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Seorang bayi di India meninggal dunia selepas dilahirkan dengan empat tangan, empat kaki dan dua muka.
Ibu bayi berkenaan, Rama Devi, 38, dikejarkan ke hospital luar bandar selepas mula mengalami sakit bersalin.
Bagaimanapun kakitangan hospital dan penduduk terkejut apabila mendapati bayi itu dilahirkan dengan anggota badan tambahan yang masih belum berkembang sepenuhnya di mana ia mempunyai dua wajah, empat kaki dan empat tangan.
Kaki dan tangan yang belum berkembang itu dilihat terkeluar dari dada bayi berkenaan yang meninggal dunia selepas lima jam dilahirkan. Tidak diketahui apa punca kematiannya.
Keadaan ini dikatakan sangat jarang berlaku, malah doktor juga tidak mempunyai penjelasan saintifik mengenainya.
Ketika bayi itu dilahirkan, kakitangan hospital terkejut dan ketakutan. Dengan pantas mereka memindahkan bayi itu ke luar, mencetuskan huru hara di pusat perubatan itu. Bagaimanapun, suami Dev, Ramphal, pula melahirkan rasa kagum dengan kelahiran anak unik mereka itu.
Walaupun Devi tidak mengalami sebarang masalah komplikasi dan kejadian itu berlaku di kawasan luar bandar di mana hampir golongan wanita hamil kurang menjalani pemeriksaan kandungan, yang mungkin menjadi punca bayi itu dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna.
Sumber: Daily Mail