Bayi berusia 8 bulan meninggal dunia selepas tertinggal dalam kereta di parking staff, lebih dari 7 jam - The Reporter

Bayi berusia 8 bulan meninggal dunia selepas tertinggal dalam kereta di parking staff, lebih dari 7 jam

Gambar hiasan

Seorang bayi perempuan berusia 8 bulan dilaporkan meninggal dunia setelah tertinggal di dalam kereta ibunya di tempat letak kenderaan, dipercayai lebih dari tujuh jam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Zam Halim Jamaluddin berkata, siasatan awal mendapati, mangsa diletakkan di tempat duduk bahagian belakang penumpang sebelah kiri dalam kereta untuk dihantar ke taska pada jam 7.20 pagi semalam.

Bagaimanapun, wanita itu terus memandu ke tempat kerjanya dan dipercayai terlupa menghantar anaknya ke taska.

Wanita hanya menyedari anaknya masih berada dalam kereta pada jam 4 petang, setelah dimaklumkan oleh suaminya yang memberitahu anak mereka tidak dihantar ke taska.

Wanita itu kemudian segera pergi ke tempat letak kenderaan kakitangan dan mendapati anaknya sudah tidak sedarkan diri dan kebiruan.

Mangsa sempat dibawa ke bahagian kecemasan Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM) dan diberi bantuan pernafasan (CPR). Namun mangsa tidak memberikan respon dan disahkan telah meninggal dunia.

Difahamkan keadaan cuaca pada hari kejadian adalah panas terik dan hujan hanya turun di sebelah petang.

Polis mengklasifisikan kes itu sebagai kes mati mengejut dan akan disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 pengabaian terhadap kanak-kanak.

Sumber: Harian Metro, Kosmo! Online

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!