“Minta maaf, berita ini tidak sahih. Anak saudara saya bukan meninggal dunia akibat tersedak susu, sebaliknya terkena jangkitan kuman pada paru-paru semenjak usia bayi lagi. Cuma dapat dikesan ketika dia berumur lima bulan.
“Bibir arwah tak birat pun. Saya yang pegang, saya yang tengok. Semalam post mortem sampai jam 1 pagi lebih. Kemudian doktor bedah bahagian tekak, tengok saliran ada susu ke apa-apa, tetapi tiada.
“Arwah dah selamat dikebumikan pagi tadi,” katanya.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan bayi berkenaan meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu. Dalam laporan tersebut menyatakan, bayi itu didapati tidak sedarkan diri oleh bapanya selepas terjaga dari tidur.
Si bapa melihat bibir anaknya birat, selain badannya terasa sejuk, terus menghubungi isterinya untuk pulang ke rumah sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan.
Gambar rajah di bawah sekadar info, bagaimana insiden tersedak susu boleh dielakkan.