'Baru solat jadi khusyuk, kan?' - Christy Ng sediakan surau dihiaskan cantik dan selesa buat pekerja Muslim | The Reporter

‘Baru solat jadi khusyuk, kan?’ – Christy Ng sediakan surau dihiaskan cantik dan selesa buat pekerja Muslim

Christy Ng

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Memiliki majikan yang baik serta menjaga kebajikan pekerja ibarat satu bonus besar. Secara tidak langsung juga dapat mewujudkan satu persekitaran yang positif selain dapat meningkatkan mutu perkhidmatan pekerja.

Bagi pekerja Muslim, ruangan solat yang selesa sangat diperlukan dalam sesebuah syarikat terutama sekali bagi golongan pekerja wanita.

Memahami situasi tersebut, seorang usahawan terkenal yang juga merupakan pereka kasut dan beg, Christy Ng meraih pujian ramai apabila menyediakan ruangan solat yang selesa buat pekerja-pekerjanya. Bukan hanya menyediakan ruangan tersebut, malahan ruangan solat direka dan dihias dengan cantik bagi keselesaan pekerjanya.

https://www.tiktok.com/@christyemilylove/video/7470133946223709447?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7449188224558499329

“Surau yang kita nantikan telah pun siap. Surau ni mengambil masa yang lama untuk disiapkan kerana saya mahu hasil yang terbaik.

“Saya nak jadikan bilik kosong yang terbiar untuk dijadikan surau untuk bagi keselesaan dan ketenangan buat semua staf,” katanya menerusi perkongsian di TikTok.

Sebelum ini katanya, ada disediakan ruangan solat namun ruangan yang kecil itu tidak dapat menampung apabila penambahan jumlah staf.

Apa yang menarik, konsep dan reka bentuk ruangan solat berkenaan direka sendiri oleh staf Christy Ng.

Rata-rata netizen memuji usaha dibuat Christy yang bukan sahaja menitikberatkan soal kerja, malahan turut mengambil cakna isu kebajikan pekerja Muslim.

Related Posts