Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Netflix telah mengumumkan kenaikan harga langganan bagi pengguna di Malaysia, berkuakuasa serta-merta.
Harga bagi langganan asas dinaikkan kepada RM29.90 berbanding sebelumnya, RM28.

Bagi langganan standard pula dinaikkan kepada RM49.90 sebulan berbanding RM45 sebelum ini dan Netflix Premium naik kepada RM62.90 berbanding RM55 sebelum ini.
Dalam pada itu, peningkatan harga berkenaan juga dikatakan akan membawa perubahan harga pakej tambahan Netflix menerusi perkhidmatan stesen televisyen berbayar.
Sementara itu, Astro memaklumkan kenaikan hara tersebut hanya akan dikuatkuasakan pada Mac depan.
“Netflix dalam pakej langganan mereka tidak akan terjejas oleh kenaikan harga terkini sehingga 1 Mac 2025.
“Namun, perkara yang sama tidak terpakai bagi pelanggan Astro yang melanggan Netflix sebagai add-on. Pendaftaran baru akan dikenakan harga baharu serta-merta, manakala pelanggan add-on sedia ada akan terjejas pada atau selepas 21 November 2024, bergantung pada kitaran bil mereka,” katanya.
Susulan itu juga, ramai yang meluahkan rasa kecewa dengan kenaikan harga berkenaan.








