Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Status, jantina dan usia bukan penghalang bagi individu menceburi pelbagai bidang.
Baru berusia 14 tahun, seorang remaja perempuan yang dikenali sebagai Katrina Ee sudah mula mencipta kejayaan dalam sukan permotoran go-kart.
Mula meminati sukan ini dikala usia tujuh tahun, minat dan hobinya itu didorong oleh kedua ibu bapanya yang berasal dari Malaysia dan Hong Kong.
“Mereka bertanya kepada saya sama ada saya mahu mencubanya, dan saya berfikir ‘Kenapa tidak?’ Saya mulakan sukan ini bersama adik perempuan saya sebagai hobi, dan ia kemudiannya berkembang menjadi impin dan kerjaya yang saya cita-citakan,” katanya.
Ketika Katrina berusia sembilan tahun, dia sudah bersaing dalam pelbagai perlumbaan dan ia terbukti menjadi titik perubahan untuknya. Menyedari sukan ini lebih banyak didominasi oleh lelaki, namun tidak mematahkan semangatnya malahan dia mengambil risiko tersebut.
“Salah satu detik paling membanggakan saya dalam sukan ni adalah pada tahun 2019 apabila saya memenangi trofi pertama saya dan mendapat tempat ketiga keseluruhan dalam kategori novice dalam Rotax Max Challenge Asia pada penghujung tahun,” katanya.
Pada tahun 2022, Katrina merangkul gelaran keseluruhan dalam kejuaraan Junior Max. Selain daripada kemenangan dalam pertandingan go-kart, Katrina juga dipilih sebagai peserta Asia pertama dalam More than Equal Driver Development Programme.
Dalam pada itu, Katrina dijangka akan bersaing dalam perlumbaan di seluruh Eropah dan UK pada tahun 2024, dan dia juga yakin bahawa dia berada di jalan yang betul untuk memenuhi impiannya menjadi pemandu Formula 1.
Sumber: Weird Kaya