Syarikat pengeluar mainan terkenal, Mattel shop memperkenalkan anak patung Barbie versi baharu yang dilengkapi dengan monitor glukosa (CGM) dan pam insulin. Kedua-dua peranti berkenaan merupakan peranti perubatan yang biasa digunakan oleh individu yang menghidap diabetes jenis satu.
Naib Presiden Kanan Barbie, Krista Berger berkata, pengenalan Barbie diabtes jenis 1 sebagai langkah komitmen mereka terhadap representasi membentuk persepsi awal kanak-kanak terhadap dunia dengan mencerminkan keadaan kesihatan seperti diabetes jenis satu.
“Dengan mencerminkan keadaan kesihatan seperti diabetes jenis satu, lebih ramai kanak-kanak dapat melihat diri mereka dalam kisah dan anak patung yang mereka gemari,” katanya.
Anak patung ini dibangunkan bersama organisasi bukan untung Breakthrough T1D dan merupakan sebahagian daripada koleksi Barbie Fashionistas.

Dilengkapi dengan peranti CGM dan pam insulin
Menurut Mattel, monitor glukosa Barbie dilekatkan dengan pita perubatan berbentuk hati berwarna merah jambu Barbie. Ia dipadankan dengan telefon mainan yang memaparkan aplikasi CGM untuk membantu Barbie memantau paras gula dalam darah sepanjang hari. Anak patung ini turut dilengkapi pam insulin yang disambungkan ke pinggang.

Baca juga:
- Tonton World Cup 2026™ Tanpa Risau Data, Siap Berpeluang Menang Trip Bola Sepak RM250,000!
- Bidan tersalah alamat disangka penjenayah, cetus kekecohan di Bandar Scientex
- Gorila Kiyomasa tular, muka ‘overthinking’ lepas bergaduh dengan pasangan
- Selat Hormuz ditutup sepenuhnya susulan serangan AS
- Bukan Masalah Boros Tapi Realiti, Ini Cara Survive Makan Kenyang Tanpa Perlu Belanja Besar Sebelum Hujung Bulan
Pakaian Barbie terdiri daripada set baju dan skirt biru bertompok-tompok dengan corak bulat yang melambangkan simbol kesedaran diabetes. Dia juga membawa beg tangan biru pastel untuk menyimpan snek atau bekalan diabetes jenis satu yang diperlukan.
Selain itu, Mattel turut memperkenalkan dua lagi anak patung berdasarkan individu sebenar yang juga merupakan pejuang diabetes tahap satu iaitu jurulatih kecergasan Peloton, Robin Arzón di Amerika Syarikat, dan model dari UK, Lila Moss.
Sumber: GMA








