Bapa, anak OKU ditemui mati kerana kelaparan, bukan unsur jenayah | The Reporter

Bapa, anak OKU ditemui mati kerana kelaparan, bukan unsur jenayah

Sumber Gambar: ADNAN IBRAHIM/ Kosmo

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Baru-baru ini media melaporkan penemuan mayat dua beranak dipercayai bapa dan anak OKU berusia 76 tahun dan 37 tahun yang sudah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu di Taman Indah, Sungai Abong, Muar.

Dalam pada masa yang sama, seorang lagi anaknya, wanita berusia lingkungan 40-an yang juga orang kurang upaya (OKU) ditemui selamat namun dalam keadaan tidak bermaya.

Keadaan wanita berkenaan yang dilihat tidak bermaya itu dipercayai kerana kelaparan susulan kematian bapa dan adiknya sejak lebih seminggu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata mayat dua beranak masing-masing berusia 37 dan 76 tahun ditemui selepas aduan penduduk yang terhidu bau busuk.

“Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk bedah siasat.

“Bagaimanapun, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut,” katanya.

Beliau juga memaklumkan, kematian dua beranak berkenaan tidak berkait dengan unsur jenayah.

Sumber: Harian Metro, Kosmo

Related Posts